KasihKu Setulus Hati

4 bulan berlalu begitulah hidupku. Atas permintaan suamiku, aku ke rumah nya bermalam disana. Itulah pertama kali ku jejek kaki dirumah maduku. Aku tahu bagaimana rasa diganggu dan terganggu. Kebetulan hari itu meraikan ulang tahun kelahiran anaknya yang bongsu. Walaupun mereka menyambut aku dengan senyuman, aku tahu itu sekadar menjaga hati ayah mereka. Biarlah…..

Atas kehendakMu Ya Allah, ibu mertuaku sampai ketika aku sedang mengerjakan solat asar. Suamiku gembira katanya “abang tak nak tipu lagi”. Aku tersenyum ceria, akhirnya dapat juga aku mengenali siapa ibu mertua ku. “Cepatlah ayang, kita jumpa mak”, kata suamiku.  Belum sempat aku keluar, akak memegang tanganku sambil merayu “Tolanglah dik, kesiankan akak dan anak-anak. Jangan bagitahu mak lagi”. Aku pandang wajah suami, dia juga terkejut atas permintaan itu. Termenenung aku seketika, walaupun keinginan ini melonjak-lonjak didada. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Aku akur demi kasih dan faham dengan situasi maduku. Pertama kali mencium tangan ibu mertuaku, sebak didada hanya Dia yang tahu. Aku dikenalkan sebagai sepupu madu ku. Makcik.. bukan ibu atau mak tapi makcik. Ya Allah. Berjurai air mataku kala mencium tangannya. Dan hingga saat ini perkahwinan aku masih dirahsiakan. Kerana rahsia ini aku sering dipinggirkan dan aku diabaikan. Demi menjaga hati maduku.

Aku tidak mengambil masa yang lama disana. Keesokan harinya, sesudah usai solat subuh aku bersiap untuk pulang. Suamiku memandang sayu, aku faham apa mahunya. “Biarlah ayang pulang dari hati ayang tersiksa. Ayang taknak sulitkan abang lagi”, ujurku lembut. Aku ingin khabarkan berita gembira untukmu suami….

“Abang, tak lama lagi rumah ayang dan abang tak sunyi lagi. Ayang mengandung, dah 4 minggu usia kandungan ayang”, kata ku. Aku didakap dengan penuh kasih sayang. “Maafkan abang, terima kasih ayang”, ucap suamiku sayu. Dan bermula episod baru dalam hidupku.

Hari Berganti Minggu

Hari itu telah berlalu, biarpun perit telinga ini menahan kata-kata dari saudara mara. Ku tahan jua. Kerana itu pilihanku, dan aku tahu dia(suami) tidak akan sia-siakan diriku itu janjinya. Abang, ayang rindukan abang. Itulah perkataan yang saban hari aku tuturkan padanya setiap panggilan yang diterima. Dan jawabnya “Abang pun rindukan ayang, sabarlah. Hati akak tengah tak elok tu”, luahnya. Dan kerana sabar itu aku masih disini, menanti.

Penantianku selama 3 minggu ini terbalas jua. Hanya Allah saja yang tahu betapa bahagianya diriku. Syukur alhamdulillah. Sudahku sediakan makan dan minumnya. Telahku siapkan perbaringannya agar tidurnya nyenyak diulik mimpi. Wahai suami janjiku walaupun apa yang terjadi, kau menjadi keutamaan dari segala segi.

Baru malam pertama, hp ku tak berhenti-henti berdering. Panggilan dari maduku. Aku faham hatinya begitu juga suamiku. Biarlah dia meluah rasa, bukankah suamiku juga suaminya. Bohong jika dihati ini tak terbit rasa cemburu, aku juga manusia biasa. Sebaik mungkinku didik hati ini jangan ada hasad dengki kerana tiada yang baik sudahnya nanti. Setiap kali panggilan dijawab, suamiku akan berubah diam. Aku tahu hatinya berbelah bagi. Kedua-duanya disayang, tapi dia tak berdaya. Selaluku ingatkan dirinya, jangan dibiarkan akak sendiri. Pujuklah dia, rayulah kembali agar kasih yang lalu mekar semula. Suamiku akan ketawa, katanya aku bijak berkata-kata hilang segala resah didada. Pasti ramai bertanya benarkah aku begitu, ya begitulah aku kerana kasih sayang dan cinta ini hanya untuknya. Aku ingin jadi penawar untuk suamiku dikala ia dihimpit duka.

Buat pengetahuan semua, suamiku cuma pulang kepangkuanku 3 hari dalam masa 2 minggu. Kadang-kadang terbit sedih dihati, mengapa sesukar ini perjalanan hidupku. Ku buang jauh prasangka itu, bahagia itu telah ku rasa kerana sepanjang bersama tidak pernah kami berdua bermasam muka, hingga saat ini kami mesra seperti dulu tidak pernah berenggang bila bersama.

2 minggu telah berlalu, tiba giliran dirumah ku. Inilah mulanya ngilu didada. Sejak hari itu setiap kali giliranku, akak pasti ada bersama kami. Kata suamiku, akak nak ikut.Bila dikata jangan, diamuk segala-galanya yang ada. Apa yang tak pernah dikejinya aku setiap kali abang disini(dalam hp), ku telan jua demi suamiku. Dan aku tak pernah sekali mengganggu waktunya disana. Bodohkah aku…

Kompang Dipalu

Ya Allah, dengan izin Mu tiba jua suamiku. Tapi kenapa cuma mereka bertiga. Seluruh keluargaku mula curiga, mana ahli keluarga yang lain-lain. Dugaan apa pula kali ini.

Mak Ngah bergegas siapkan suamiku di surau, diajak saudara-saudaraku yang jauh untuk meramaikan mempelai, agar tidak menjadi umpatan jiran tetangga. Apa yang aku dengar dari mulut mak ngah diluar jangkaan kami semua. Katanya suamiku terpaksa mengikut syarat maduku agar dapat datang ke majlis hari ini. Yang mengikut suamiku adalah biras-birasnya. Syaratnya rahsiakan perkahwinan ini dari pengetahuan seluruh ahli keluarga suamiku jika ingin majlis berjalan lancar. Ya Allah..

“Biarlah dulu, sudahkan apa yang perlu”, kata ayah. Ku tatap wajah ayah dengan hati hiba, maafkan akak. Dari jauh paluan kompang kedengaran, aku diminta keluar menyambut suami. Ahh… hati ini hiba tersangat hiba, melihat emak dan ayah menitiskan airmata. Kami ditemukan jua akhirnya. “Maafkan abang. Abang tahu isteri abang seorang yang bertimbangrasa. Ayang cantik sangat hari ni…  abang rindu sangat-sangat pada ayang”, bisiknya dengan sayu. Ku balas dengan senyuman paling indah buatnya, biar beban yang tergalas dibahu suamiku ringan seketika.

Dalam kesedihan ku gagah juga mengikut permintaan keluarga, begitu juga dengan suamiku. Hilang sebentar rasa duka dihati melihat kesungguhan keluargaku menceriakan suasana. Majlis berjalan seperti yang dirancang, alhamdulillah. Dengan izinMu Ya Allah.

Bila siang beransur malam, hatiku kembali  mendung. Selesai majlis membuka hadiah dan nasihat dari emak dan ayah, begitu juga dari pakcik-pakcikku terhadap suami. Kini tibalah aku melepasnya pergi. Walaupun hati digigit pilu, aku akur dengan keadaan kami. “Ayang izinkan abang pulang ke pangkuan akak, kerana itu janji ayang. Jangan lupa ayang disini”, kataku sayu. Sepontan aku dipeluk kemas oleh suamiku, ku dengar sendunya yang ditahan. “Terima kasih ayang, kerana faham keadaan abang”, katanya sambil mencium ubun-ubunku. Tabahlah hati janganlah kau goyah lagi, banyak ranjau yang perlu kau lalui.

Biras-biras suamiku meminta agar suamiku tinggal saja beberapa hari lagi. Aku cuma tersenyum melihat ulah mereka, biarlah suamiku pulang. Jangan biarkan akak sendiri disana, hatinya perlu dijaga. Itu saja yang mampu ku kata. Pengorbanan ini tanda kasih ku untuk mereka berdua, kerana dari mula bukan niatku meruntuhkan masjid yang telah dibina.

Akhirnya Tiba Jua

Hari yang dinanti telah tiba, sesudah usai solat subuh aku ke tepi pantai mencari ketenteraman hati. Ya Allah hanya padaMu aku berserah diri. Ku cekalkan hati untuk kali yang terakhirnya menghubungi suami ku. Alhamdulillah, akhirnya panggilan ku berjawab. Akak (madu) yang jawab panggilan itu. ” Aku tak izin abang balik sana. Lantak kau la nak jadi apa. Sakit hati aku, kamu semua tak tahu”.

Ya Allah… Longlai rasa raga ku. Bagaimana emak dan ayah dirumah. Malunya mereka. Kenapa semasa didepan keluarga ku, kau(madu) bersandiwara. Bersetuju dengan permintaan mereka. “Tolonglah kak, sekejap cuma.Kalau tak kesiankan saya, kesiankan lah mak dan ayah disini. Jangan malukan mereka. Saya merayu pada akak, sekejap saja. Selesai kenduri saya izin abang balik ke sana”. Tuut..tuut..tuut…

Aku tergamam dengan tindakan nya. Sebelum ini akak tak pernah berkasar dengan aku. Sabarlah hati, hatinya terlalu perit kini. Allah itu tidak pernah zalim pada hamba-hambaNya. Tiba-tiba hp ku berdering. ”Asalamualaikum ayang, abang ni”. Ya Allah, kau dengar akan rintihan ku. ” Abang kesiankan mak dan ayah, tolong jangan malukan mereka. Pulanglah abang walaupun sebentar cuma. Tolonglah”.

”Kenapa tak dijawab salam abang. Ayang kat mana ni? Jangan buat bukan-bukan. Kan abang janji balik, abang mesti balik. Jangan nangis lagi, ayang tunggu abang kat rumah ye. Sayang abang tak? “. Ah.. suami, kau pandai memujuk hati ku. Tak pernah percaya ku kurang untuk dirimu.

Syukur Ya allah. Aku pulang kerumah dengan debar didada. Walaupun janji telah diberi, masih ada gusar dihati. Riuh rendah dirumah sedikit pun tidak berbekas dihati. Kenduri pertama buat emak dan ayah untuk menerima menantu. Aku tahu walaupun hati mereka sedih, mereka akur akan pilihanku. Maafkan akak…

“Kenapa pengantin tak siap lagi. Cepat la sat gi depa mai, kelang kabut pulak”. Mami (mak saudara) memang begitu, mana-mana kenduri dia la yang paling kecoh. Aku bersiap secantik mungkin. Abang, jangan hampakan ayang…

SAH

Akhirnya aku sah menjadi miliknya, pada tanggal 20 Dec xxxx. Syukur alhamdulillah. Sehari selepas kami di ijab kabulkan, aku bertemu dengan madu dan anak-anak tiri ku. Ya Allah besar sungguh rahmat yang Kau berikan pada ku. Mereka terima aku seadanya. Ummi, itulah panggilan anak-anak terhadap ku. Terima kasih abang.

Perbincangan dibuat, kata sepakat telah di ikat. Kenduri kawin dijalankan. Gembira tak terhingga hanya Allah yang tahu. Semuanya dibuat di rumah keluarga ku. Dalam sibuk membuat persiapan, aku menerima panggilan dari suami ku. Katanya akak mengamuk, tak benarkan dia pulang untuk majlis nanti. Aku terkedu, ini kah mulanya duka hidupku. Bagaimana harus ku terangkan pada kedua orang tua ku.Ya Allah, bagaimana kini. Bantulah aku, kasihanilah aku.

Majlis menitik inai berlangsung dalam keadaan hati yang tidak tenteram. Walaupun disekeliling ku, mereka semua gembira. Namun hati ini sedang berduka. Aku cuba hubungi suami ku, hampa.. Hp ditutup, talian telefon rumah tidak dijawab. Sedangkan esok adalah hari besar untuk kami….

3 Dan 4

Begitu banyak dugaan yang datang, ku gagahi juga. Kata dia(suami), orang hanya pandai mengata dan menokok tambah cerita sabarlah ini sebahagian ujian dari Nya.

Kedatangan akak (madu) kerumah ku buat kali ke 3, membuatkan dia nekad untuknya memiliki ku. Tarikh nikah telah ditetapkan, walaupun hati sayu mendengar pujuk akak untuk si suami. Ya Allah, aku tak berdaya. Kasih ku kini untuk dirinya.

Dalam setiap pertemuan antara aku dan akak tidak tercetus sedikit pun pertengkaraan antara kami berdua. Luah rasa  dan cerita tentang anak-anak disana, seolah-olah kami tiada sengketa. Tapi aku tahu hatinya menahan rasa atas kehendak si suami.

Mungkin ramai yang tidak percaya, tapi bergitulah ia terjadi. Aku telah berusaha untuk melupakan dia, tapi makin kuat kasih ini untuk dirinya. Hidup ini tak semudah yang ku sangka. Mudah-mudahan rahmat Allah tidak pernah putus untuk hamba-hambaNya.

1 Dan 2

Begitulah adat, bila cinta disulam kasih dan sayang tiada siapa mampu menghalang. Akhirnya aku terima panggilan dari bakal madu ku. Meminta ingin berjumpa dikediaman ku. Seperti yang ditetapkan, tibalah hari yang ditunggu. Terdetik juga rasa gerun dalam hati, tapi ku gagah juga demi kasih ku untuk lelaki itu. Melihat kejujuran yang diberikan pada isteri dan diri ku. Aku percaya ini lah lelaki yang mampu membimbing ku dunia akhirat.

Kenapa dia mampu membimbing diri ku? Sepanjang mengenali dirinya, dia banyak mengajar ku tentang makna isi-isi Al-Quran. Itulah yang berjaya memikat hati ku.

Aznita itulah namanya. Salam dihulur ku sambut mesra, mudah- mudahan  kemesraan ini berkekalan selamanya. Pertemuan pertama berjalan dalam suasana yang tenang. Diluah segala yang terpendam dihati, aku faham yang apa yang dirasainya kini. Tiada isteri yang ingin berkongsi kasih. Pengertian diminta dari pihak ku dan suami, agar saling melupakan dan jangan diteruskan perhubungan ini. 

Tiada janji yang keluar dari mulut ku dan si suami. Cuma insya’allah, kami akan cuba. Mungkin ramai yang akan menyalahkan diri ku. Tiada lagikah lelaki bujang diluar sana? Bagaimana harus ku jelaskan, hati ini atas gerak Mu, Ya Allah.

Manisnya Bercinta

gambar21.jpgPerkenalan tanpa diduga, hanya dengan satu panggilan. Sebulan hanya mendengar suara akhirnya pertemuan pertama diaturkan. Pertemuan pertama di stesyen bas Jalan Duta, Kuala Lumpur. Itulah pertama kali aku bertentang mata dengan tuan empunya diri. Selama sebulan dia banyak bercerita tentang dirinya. Tentang isteri dan anak-anaknya, beban kerja yang dihadapi saban hari.

Tiada beza dengan apa yang diceritakan dan yang berdiri di depan mata kini. Disitulah rasa kasih menjelma. Sikap jujur itu berjaya meruntuhkan tembok yang selama ini ku kawal rapi. Ah… lelaki ini penuh dengan pengertian.