Akhirnya Tiba Jua

Hari yang dinanti telah tiba, sesudah usai solat subuh aku ke tepi pantai mencari ketenteraman hati. Ya Allah hanya padaMu aku berserah diri. Ku cekalkan hati untuk kali yang terakhirnya menghubungi suami ku. Alhamdulillah, akhirnya panggilan ku berjawab. Akak (madu) yang jawab panggilan itu. ” Aku tak izin abang balik sana. Lantak kau la nak jadi apa. Sakit hati aku, kamu semua tak tahu”.

Ya Allah… Longlai rasa raga ku. Bagaimana emak dan ayah dirumah. Malunya mereka. Kenapa semasa didepan keluarga ku, kau(madu) bersandiwara. Bersetuju dengan permintaan mereka. “Tolonglah kak, sekejap cuma.Kalau tak kesiankan saya, kesiankan lah mak dan ayah disini. Jangan malukan mereka. Saya merayu pada akak, sekejap saja. Selesai kenduri saya izin abang balik ke sana”. Tuut..tuut..tuut…

Aku tergamam dengan tindakan nya. Sebelum ini akak tak pernah berkasar dengan aku. Sabarlah hati, hatinya terlalu perit kini. Allah itu tidak pernah zalim pada hamba-hambaNya. Tiba-tiba hp ku berdering. ”Asalamualaikum ayang, abang ni”. Ya Allah, kau dengar akan rintihan ku. ” Abang kesiankan mak dan ayah, tolong jangan malukan mereka. Pulanglah abang walaupun sebentar cuma. Tolonglah”.

”Kenapa tak dijawab salam abang. Ayang kat mana ni? Jangan buat bukan-bukan. Kan abang janji balik, abang mesti balik. Jangan nangis lagi, ayang tunggu abang kat rumah ye. Sayang abang tak? “. Ah.. suami, kau pandai memujuk hati ku. Tak pernah percaya ku kurang untuk dirimu.

Syukur Ya allah. Aku pulang kerumah dengan debar didada. Walaupun janji telah diberi, masih ada gusar dihati. Riuh rendah dirumah sedikit pun tidak berbekas dihati. Kenduri pertama buat emak dan ayah untuk menerima menantu. Aku tahu walaupun hati mereka sedih, mereka akur akan pilihanku. Maafkan akak…

“Kenapa pengantin tak siap lagi. Cepat la sat gi depa mai, kelang kabut pulak”. Mami (mak saudara) memang begitu, mana-mana kenduri dia la yang paling kecoh. Aku bersiap secantik mungkin. Abang, jangan hampakan ayang…

Kirim Komen