SAH

Akhirnya aku sah menjadi miliknya, pada tanggal 20 Dec xxxx. Syukur alhamdulillah. Sehari selepas kami di ijab kabulkan, aku bertemu dengan madu dan anak-anak tiri ku. Ya Allah besar sungguh rahmat yang Kau berikan pada ku. Mereka terima aku seadanya. Ummi, itulah panggilan anak-anak terhadap ku. Terima kasih abang.

Perbincangan dibuat, kata sepakat telah di ikat. Kenduri kawin dijalankan. Gembira tak terhingga hanya Allah yang tahu. Semuanya dibuat di rumah keluarga ku. Dalam sibuk membuat persiapan, aku menerima panggilan dari suami ku. Katanya akak mengamuk, tak benarkan dia pulang untuk majlis nanti. Aku terkedu, ini kah mulanya duka hidupku. Bagaimana harus ku terangkan pada kedua orang tua ku.Ya Allah, bagaimana kini. Bantulah aku, kasihanilah aku.

Majlis menitik inai berlangsung dalam keadaan hati yang tidak tenteram. Walaupun disekeliling ku, mereka semua gembira. Namun hati ini sedang berduka. Aku cuba hubungi suami ku, hampa.. Hp ditutup, talian telefon rumah tidak dijawab. Sedangkan esok adalah hari besar untuk kami….

7 komen

  1. Affuan berkata,

    Oktober 26, 2007 pada 3:59 am

    Aduh, itu lah perasaan kami anak tiri. Baik di depan dengan IBU2 tiri hanya nak sedapkan hati Papa je.. Jangan terasa.. :)

  2. abg rostam berkata,

    Oktober 26, 2007 pada 7:05 am

    Sangat menarik kisah poligami yang anda alami. Semuanya bercampur baur antara suka duka , pahit manis hidup bermadu. Sebagai seorang suami yang ada hasrat untuk berkahwin lagi satu, saya berharap agar dapat menerima bakal isteri kedua yang sebaik anda. tabahkan hati anda dan teruskan perjuangan sebagai seorang isteri yang mithali.

  3. joe berkata,

    Oktober 26, 2007 pada 7:52 am

    kesiannya kat awak. tapi tak leh nak tolong la. sebab saya pun dah kawen juga. huk huk huk.

    saya nak nangis sama nih.

  4. aidazahid berkata,

    Oktober 26, 2007 pada 8:36 am

    Kisah ini masih panjang. Yang baik datangnya dari Allah. Dan saya penuh dengan ketidak sempurnaan. Mudah-mudahan rahmat dan kasih Allah tidak terputus untuk saya dan keluarga. Juga untuk anda semua, insya’allah.

  5. yana berkata,

    Oktober 27, 2007 pada 2:47 am

    If he can do to his 1st wife, believe me he can do it to you too.. I say this thru experience..

    Affuan: Aku ok jek dgn mak tiri…

  6. Affuan berkata,

    Oktober 28, 2007 pada 4:47 am

    Cerita lah lagi..

  7. sya berkata,

    November 27, 2007 pada 9:04 pm

    sya simpati dgn apa yg berlaku…itu kira permulaan dlm mengharungi hidup sbg second wife…dan lepas ni berbagai2 cabaran dan dugaan akan kita lalui….sama ada kita kuat atau tidak….sbg isteri kedua, banyak yg pahit dari manis yang harus kita lalui….kesabaran dan pengorbanan tak perlu cakap lah….nasib kita maybe sama….


Kirim Komen