Hari itu telah berlalu, biarpun perit telinga ini menahan kata-kata dari saudara mara. Ku tahan jua. Kerana itu pilihanku, dan aku tahu dia(suami) tidak akan sia-siakan diriku itu janjinya. Abang, ayang rindukan abang. Itulah perkataan yang saban hari aku tuturkan padanya setiap panggilan yang diterima. Dan jawabnya “Abang pun rindukan ayang, sabarlah. Hati akak tengah tak elok tu”, luahnya. Dan kerana sabar itu aku masih disini, menanti.
Penantianku selama 3 minggu ini terbalas jua. Hanya Allah saja yang tahu betapa bahagianya diriku. Syukur alhamdulillah. Sudahku sediakan makan dan minumnya. Telahku siapkan perbaringannya agar tidurnya nyenyak diulik mimpi. Wahai suami janjiku walaupun apa yang terjadi, kau menjadi keutamaan dari segala segi.
Baru malam pertama, hp ku tak berhenti-henti berdering. Panggilan dari maduku. Aku faham hatinya begitu juga suamiku. Biarlah dia meluah rasa, bukankah suamiku juga suaminya. Bohong jika dihati ini tak terbit rasa cemburu, aku juga manusia biasa. Sebaik mungkinku didik hati ini jangan ada hasad dengki kerana tiada yang baik sudahnya nanti. Setiap kali panggilan dijawab, suamiku akan berubah diam. Aku tahu hatinya berbelah bagi. Kedua-duanya disayang, tapi dia tak berdaya. Selaluku ingatkan dirinya, jangan dibiarkan akak sendiri. Pujuklah dia, rayulah kembali agar kasih yang lalu mekar semula. Suamiku akan ketawa, katanya aku bijak berkata-kata hilang segala resah didada. Pasti ramai bertanya benarkah aku begitu, ya begitulah aku kerana kasih sayang dan cinta ini hanya untuknya. Aku ingin jadi penawar untuk suamiku dikala ia dihimpit duka.
Buat pengetahuan semua, suamiku cuma pulang kepangkuanku 3 hari dalam masa 2 minggu. Kadang-kadang terbit sedih dihati, mengapa sesukar ini perjalanan hidupku. Ku buang jauh prasangka itu, bahagia itu telah ku rasa kerana sepanjang bersama tidak pernah kami berdua bermasam muka, hingga saat ini kami mesra seperti dulu tidak pernah berenggang bila bersama.
2 minggu telah berlalu, tiba giliran dirumah ku. Inilah mulanya ngilu didada. Sejak hari itu setiap kali giliranku, akak pasti ada bersama kami. Kata suamiku, akak nak ikut.Bila dikata jangan, diamuk segala-galanya yang ada. Apa yang tak pernah dikejinya aku setiap kali abang disini(dalam hp), ku telan jua demi suamiku. Dan aku tak pernah sekali mengganggu waktunya disana. Bodohkah aku…