4 bulan berlalu begitulah hidupku. Atas permintaan suamiku, aku ke rumah nya bermalam disana. Itulah pertama kali ku jejek kaki dirumah maduku. Aku tahu bagaimana rasa diganggu dan terganggu. Kebetulan hari itu meraikan ulang tahun kelahiran anaknya yang bongsu. Walaupun mereka menyambut aku dengan senyuman, aku tahu itu sekadar menjaga hati ayah mereka. Biarlah…..
Atas kehendakMu Ya Allah, ibu mertuaku sampai ketika aku sedang mengerjakan solat asar. Suamiku gembira katanya “abang tak nak tipu lagi”. Aku tersenyum ceria, akhirnya dapat juga aku mengenali siapa ibu mertua ku. “Cepatlah ayang, kita jumpa mak”, kata suamiku. Belum sempat aku keluar, akak memegang tanganku sambil merayu “Tolanglah dik, kesiankan akak dan anak-anak. Jangan bagitahu mak lagi”. Aku pandang wajah suami, dia juga terkejut atas permintaan itu. Termenenung aku seketika, walaupun keinginan ini melonjak-lonjak didada. Mungkin ada hikmah disebaliknya.
Aku akur demi kasih dan faham dengan situasi maduku. Pertama kali mencium tangan ibu mertuaku, sebak didada hanya Dia yang tahu. Aku dikenalkan sebagai sepupu madu ku. Makcik.. bukan ibu atau mak tapi makcik. Ya Allah. Berjurai air mataku kala mencium tangannya. Dan hingga saat ini perkahwinan aku masih dirahsiakan. Kerana rahsia ini aku sering dipinggirkan dan aku diabaikan. Demi menjaga hati maduku.
Aku tidak mengambil masa yang lama disana. Keesokan harinya, sesudah usai solat subuh aku bersiap untuk pulang. Suamiku memandang sayu, aku faham apa mahunya. “Biarlah ayang pulang dari hati ayang tersiksa. Ayang taknak sulitkan abang lagi”, ujurku lembut. Aku ingin khabarkan berita gembira untukmu suami….
“Abang, tak lama lagi rumah ayang dan abang tak sunyi lagi. Ayang mengandung, dah 4 minggu usia kandungan ayang”, kata ku. Aku didakap dengan penuh kasih sayang. “Maafkan abang, terima kasih ayang”, ucap suamiku sayu. Dan bermula episod baru dalam hidupku.