Masa Berlalu

Begitu cepat masa berlalu,  rutin hidupku tetap seperti mula-mula dulu. Kandunganku sudah cukup bulan hanya menunggu hari saja lagi. Dan sejak akhir-akhir ini suamiku jarang pulang. Cemburu maduku semakin menjadi-jadi. Sedangkan aku tak pernah mengganggu dirinya dan keluarga disana. Buntu fikiranku bila mengingatkan sikap maduku. Pengertian yang bagaimana harus ku berikan pada mereka.

Segala-galanya ku lakukan sendiri. Sudah letih orang tuaku membebelkan aku. Kata mereka apa yang aku pandang sangat tentang suamiku, tidak ada istimewanya tentang dia. Segala tanggungjawabnya aku lakukan sendiri, tugasnya hanya pulang melayanku. Perit bila mendengar kata-kata seperti itu, terutama dari insan yang aku sayang. Biarlah derita ini ku tanggung sendiri. Aku tahu suamiku, dia tak mahu mengeruhkan suasana. Dia akui kesilapannya, kerana itu dia lebih suka mendiamkan diri. Dan aku lah tempatnya meluah rasa. Sabarlah abang, Allah itu tidak pernah zalim pada hamba-hambanya.

Hari ini hari jumaat, hari yang selalu aku nantikan. Hanya Dia yang tahu betapa bahagianya aku. Petang yang ku nanti rupanya duka yang datang. Madu ku datang mengikut suamiku. Ku lihat wajah suamiku keruh, dipandangnya aku sayu. Ku jemput maduku naik kerumah. “Aku nak selesaikan hari ni juga. Aku dah tak sanggup lagi nak hidup macam ni” tuturnya keras. Aku keliru, apa yang nak diselesaikan. Kupandang suamiku yang kaku tidak bersuara. “Bang cakaplah kenapa. Jangan diam macam ni” kataku. “Aku nak dia ceraikan kau. Aku tak nak hidup macam ni lagi ” tengking maduku. Ya Allah musibah apakah ini.

Aku paut kaki suamiku. “Tolonglah bang, jangan buat ayang  macam ni. Kesiankan ayang dengan anak kita. tolonglah abang” rintihku sayu.”Abang takkan buang ayang, abang sayangkan ayang dan anak kita. Abang takkan sia-siakan ayang” kata suamiku perlahan. “Ayang tahu hati abangkan” katanya lagi. Ya Allah, bantulah aku. Kasihanilah aku, rahmatilah rumahtanggaku dengan kasih mu ya Allah.

Jerit pekik maduku, ku biarkan saja. Hilang rasa bila ku lihat dirinya. Dan suamiku tetap begitu mendiamkan diri, aku faham keadaannya kini. Hatinya berbelah bagi antara dua kasih. Terasa perit perutku, ah.. janganlah sekarang. Sabarlah sayang, kasihankan ayah jangan ditambah beban dihatinya. Ku dekati suamiku,”bang bawalah akak balik, pujuklah dia jangan risaukan ayang disini. Apa-apa ayang call”.”Terima kasih ayang. Sabarlah, abang takkan sia-siakan ayang. Abang sayangkan rumahtangga kita” katanya. Aku mengangguk lesu.

“Sudah, jom balik” kata suamiku pada akak. “Bila nak selesaikan hal ini. Aku tak nak terus macam ni” kata maduku. “Abang takkan buat keputusan apa-apa. Kalau abang nak lepaskan, abang akan lepas kedua-duanya sekali. Faham,”tegasnya. Terdiam maduku, perlahan-lahan dia bangun untuk pulang. “Kak, saya sayangkan akak macam saudara sendiri” kata sayu. Dia cuma memandangku kosong. Ku iring mereka pulang, mudah-mudahan hari-hari mendatang menjanjikan bahagia buat kami berdua.

4 komen

  1. samson berkata,

    November 5, 2007 pada 9:00 am

    Suami mesti tegas bila hendak buat decision, once both wife dah agree bermadu then he must know how to control both sides. He must never allow any one of them to change their mind later. He must educate them to accept the reality and continue with their lifes.

    As a new wife, you may try to accept the reality easier than the first wife. But no woman will easily want to accept the fact that she must now share his hubby…

    Anyways…I admire your patience to endure all this…all the best!!

  2. shahrulnizam berkata,

    November 8, 2007 pada 7:14 am

    tabahkab hati.tuhan Maha Mendengar!

  3. TUN DR.AZHAR berkata,

    November 14, 2007 pada 3:34 am

    HUHH… sedih btl cita ni. ko jangan lembut sangat,ko kena lawan dan perjuangkan hak ko,walaupun ko istri ke2,ko pun ada hak jagak untuk idup bahgia.klu susah sangat report je pejabat agama.

  4. sya berkata,

    November 27, 2007 pada 9:39 pm

    nasib kita sama….maybe one day, saya akan rasa apa yg awak rasa….tapi maybe saya tak sekuat awak…..nasib awak baik ada suami yg tetap pendirian dan berani berterus terang tentang perasaan dia dhadapan isteri pertamanya….dari dia menafikan…..itu lebih sakit….


Kirim Komen