Akhirnya aku sah menjadi miliknya, pada tanggal 20 Dec xxxx. Syukur alhamdulillah. Sehari selepas kami di ijab kabulkan, aku bertemu dengan madu dan anak-anak tiri ku. Ya Allah besar sungguh rahmat yang Kau berikan pada ku. Mereka terima aku seadanya. Ummi, itulah panggilan anak-anak terhadap ku. Terima kasih abang.
Perbincangan dibuat, kata sepakat telah di ikat. Kenduri kawin dijalankan. Gembira tak terhingga hanya Allah yang tahu. Semuanya dibuat di rumah keluarga ku. Dalam sibuk membuat persiapan, aku menerima panggilan dari suami ku. Katanya akak mengamuk, tak benarkan dia pulang untuk majlis nanti. Aku terkedu, ini kah mulanya duka hidupku. Bagaimana harus ku terangkan pada kedua orang tua ku.Ya Allah, bagaimana kini. Bantulah aku, kasihanilah aku.
Majlis menitik inai berlangsung dalam keadaan hati yang tidak tenteram. Walaupun disekeliling ku, mereka semua gembira. Namun hati ini sedang berduka. Aku cuba hubungi suami ku, hampa.. Hp ditutup, talian telefon rumah tidak dijawab. Sedangkan esok adalah hari besar untuk kami….