Orang Baru

Perjalanan hidup ini tidak semudah yang disangkakan. Tapi aku yakin Allah tidak akan menguji hamba-hambanya jika tidak bersebab. Cuma kita saja yang tidak mengetahwinya. Dan begitulah perjalanan hidup ku, ada pasang dan surutnya. Aku yakin semua orang begitu. Dan kini aku harungi lagi ujian mu Ya Allah.

Minggu ini sepatutnya suamiku pulang, setiap saatku bermohon padaMu Ya Allah biarlah aku sakit sewaktu suamiku disisi. Tidak pernah putus doaku untukNya. Sesungguhnya Dia lebih berkuasa, aku harungi getir ini sendiri. Senja jumaat sepatutnya suamiku telah sampai dirumah tapi hampa. Aku tahu sudah sampai masa bayi dalam kandunganku melihat alam semesta yang indah ini. Dimana abang disaat ayang perlukan abang. Ku tahan sakit yang kerap kali menjengah. Makin lama makin kerap sakitnya.. Ya Allah dimana suamiku.

Telah ku hitung sendiri, andai aku terus menunggu siapa yang akan menyambut kelahiran bayiku nanti. Jam didinding sudah 9.00 malam. Kelibatnya masih tidak kelihatan. Ku gagah jua mencapai kunci kereta,untuk sampai ke hospital berdekatan mengambil masa 30 minit. Aku bertawakal padaMu Ya Allah. Dalam kesakitan aku pandu sendiri ke hospital. Sampai hati abang…. 

Kompang Dipalu

Ya Allah, dengan izin Mu tiba jua suamiku. Tapi kenapa cuma mereka bertiga. Seluruh keluargaku mula curiga, mana ahli keluarga yang lain-lain. Dugaan apa pula kali ini.

Mak Ngah bergegas siapkan suamiku di surau, diajak saudara-saudaraku yang jauh untuk meramaikan mempelai, agar tidak menjadi umpatan jiran tetangga. Apa yang aku dengar dari mulut mak ngah diluar jangkaan kami semua. Katanya suamiku terpaksa mengikut syarat maduku agar dapat datang ke majlis hari ini. Yang mengikut suamiku adalah biras-birasnya. Syaratnya rahsiakan perkahwinan ini dari pengetahuan seluruh ahli keluarga suamiku jika ingin majlis berjalan lancar. Ya Allah..

“Biarlah dulu, sudahkan apa yang perlu”, kata ayah. Ku tatap wajah ayah dengan hati hiba, maafkan akak. Dari jauh paluan kompang kedengaran, aku diminta keluar menyambut suami. Ahh… hati ini hiba tersangat hiba, melihat emak dan ayah menitiskan airmata. Kami ditemukan jua akhirnya. “Maafkan abang. Abang tahu isteri abang seorang yang bertimbangrasa. Ayang cantik sangat hari ni…  abang rindu sangat-sangat pada ayang”, bisiknya dengan sayu. Ku balas dengan senyuman paling indah buatnya, biar beban yang tergalas dibahu suamiku ringan seketika.

Dalam kesedihan ku gagah juga mengikut permintaan keluarga, begitu juga dengan suamiku. Hilang sebentar rasa duka dihati melihat kesungguhan keluargaku menceriakan suasana. Majlis berjalan seperti yang dirancang, alhamdulillah. Dengan izinMu Ya Allah.

Bila siang beransur malam, hatiku kembali  mendung. Selesai majlis membuka hadiah dan nasihat dari emak dan ayah, begitu juga dari pakcik-pakcikku terhadap suami. Kini tibalah aku melepasnya pergi. Walaupun hati digigit pilu, aku akur dengan keadaan kami. “Ayang izinkan abang pulang ke pangkuan akak, kerana itu janji ayang. Jangan lupa ayang disini”, kataku sayu. Sepontan aku dipeluk kemas oleh suamiku, ku dengar sendunya yang ditahan. “Terima kasih ayang, kerana faham keadaan abang”, katanya sambil mencium ubun-ubunku. Tabahlah hati janganlah kau goyah lagi, banyak ranjau yang perlu kau lalui.

Biras-biras suamiku meminta agar suamiku tinggal saja beberapa hari lagi. Aku cuma tersenyum melihat ulah mereka, biarlah suamiku pulang. Jangan biarkan akak sendiri disana, hatinya perlu dijaga. Itu saja yang mampu ku kata. Pengorbanan ini tanda kasih ku untuk mereka berdua, kerana dari mula bukan niatku meruntuhkan masjid yang telah dibina.